Friday, 9 October 2015

3 Peringkat Proses Kelahiran Yang Perlu Anda Tahu

Pastinya ibu-ibu hamil berdebar-debar menunggu saat kelahiran, terutama bagi mereka yang pertama kali ingin menimang cahaya mata. Debaran semakin terasa apabila telah hampir dengan waktunya. 



Ibu-ibu tahukah anda ada 3 peringkat semasa proses melahirkan (parturition/child birth)

Peringkat pertama - pembukaan serviks (dilation of cervix) 
Purata 12 jam (8-24 jam bagi kelahiran pertama; semakin berkurang selepas kelahiran yang banyak seperti anak ke 6, 7, dan seterusnya). 

Peringkat kelahiran bayi yang paling lama, di mana pengecutan rahim semakin kuat dan pembukaan serviks akan terjadi secara perlahan-lahan. Kepala bayi akan memasuki faraj. Air ketuban (amniotic fluid) akan pecah dari rahim (uterus). 

Peringkat pertama terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa laten dan fasa aktif.
(a) Fasa laten - fasa di mana serviks akan membuka 1-3 cm. Tempoh masa purata selama 9 jam. Pengecutan rahim masih perlahan dan tidak terlalu kerap. Anda mungkin tidak merasa terlalu sakit ketika ini. Pengalaman saya sendiri, saya masih boleh membeli belah, pulang ke rumah mengambil pakaian dan menikmati hidangan yang lazat bersuami.

(b) Fasa aktif - fasa di mana serviks akan membuka 3-10 cm. Tempoh masa purata 3 jam. Pada fasa inilah pengucutan rahim terjadi dengan lebih kuat dan kerap. Kebiasaanya anda akan dibantu dengan ubat penahan sakit. 

Tempoh masa kadar pembukaan serviks berbeza bagi setiap ibu dan jumlah kehamilannya. Seperti penerangan di atas, yang mana kelahiran pertama mengambil jumlah masa paling lama. Semakin meningkat jumlah kelahiran semakin berkurang tempoh masa. 


Peringkat kedua - kelahiran bayi (delivery of the infant) 
20-60 minit. 
Pengecutan rahim semakin kuat dan lebih kerap. Serviks juga sudah terbuka sebanyak 10cm. Anda akan rasa kesakitan yang amat sangat kerana pengecutan di tahap yang maksimum dan berlaku setiap 2-3 minit. Proses inilah yang membantu kepala bayi ditolak keluar dari faraj dan seterusnya badan ibu. Doktor dan jururawat akan meminta anda mengaplikasikan teknik pernafasan yang dipelajari semasa kelas antenatal apabila kepala bayi dilihat telah berada di otot pelvis. Doktor juga mungkin akan melakukan pemotongan luka kecil (episiotomi) di bahagian antara faraj dan rectum bagi memudahkan dan mempercepatkan proses kelahiran, sekiranya ini adalah kelahiran pertama anda. 

uuuwweekkkk uuwwweeekkkk!!!!... Lihat dan dakaplah bayi anda. 
Assalamualaikum Ya Muhammad (sebutkan nama anak anda)


Peringkat ketiga - pengeluaran uri dari rahim (delivery of the placenta) 
10–15 minit. 
Doktor akan membantu anda menolak uri dan tali pusat keluar dari rahim. Uri perlu dikeluarkan kesemuanya untuk mengelakan pendarahan berlebihan. Uri akan dipisahkan dari bayi dengan pemotongan tali pusat. Bagi orang Islam, uri akan dibersihkan dan ditanam secepat mungkin.


Anda telah bergelar IBU. Selamat berpantang!!!... Tonton video di bawah.



No comments:

Post a Comment