Tuesday 21 January 2014

Pengalaman melahirkan bayi pramatang NURULHUSNA MOHD FAIRUS

Nurulhusna Mohd Fairus dilahirkan pramatang (berusia 35 minggu). Pada hari cuti umum MaulidurRasul saya dimasukkan ke wad Hospital Pakar AnNur Bangi kerana bukaan telah 2cm. Suntikan dexamethasone diberikan 2kali (12jam sekali) bagi mematangkan peparu bayi yang akan lahir. Amat sakit suntikan tersebut sehingga saya menitiskan air mata, terasa ubat dexamethasone tersebut menyelinap menyusup ke sekitar pahaku. Setelah 2hari bermalam di hospital bersama suami, ku minta pulang. Dr.Fatimah amat berat hati melepaskan ku pulang. "Membrane you dah nipis," katanya. Tapi akhirnya doktor membenarkan ku pulang.

Ketika di rumah, ku bangun bangkit ke bilik air di tengah malam. ketika ingin menyambung tidur semula, terasa "pop!" kecil dan basah sedikit. Dalam hati kata bukan kot... blom lagi kot... ku sambung tidur tanpa mengejutkan suamiku. Esok pagi ketika sarapan, ku bercerita kepada ibu dan along yatie ku. Terus along suruh bergerak ke hospital. aku masih tiada rasa sakit.

Setibanya di hospital, kami menunggu di labour room kerana semua bilik penuh. Doktor tengahari baru datang memeriksa kerna ramai customer di klinik. Doktor kata air ketuban leakage (sesetengah individu burst). Terus doktor ambil pembaris plastic khas yang panjang dan memecahkan air ketuban ku. Ia bagi mengelakkan infeksi akibat kelembapan berpanjangan. baru lah terasa kontraksi. Apalagi minta epidural. mmg dah minta izin suami (heheeee). Nak tunggu bersalin siap boleh tido dulu. Husna lahir pada petang 22.03.2008. Namun, kita hanya berusaha, Allah menentukan. Husna masih memerlukan inkubator untuk bernafas kerana peparunya blom dapat berfungsi sendiri. Hanya 2 malam Husna berada dalam inkubator.

Husna selepas lahir seperti baby Jepun. Menunggu untuk dimasukkan ke inkubator
.
Husna sedang lena dalam inkubator

No comments:

Post a Comment