Saturday, 18 June 2016

Ubati Gastrik Secara Semulajadi dengan 9 Makanan Ini

Apabila gastrik menyerang memang sakit, banyak benda/kerja tak boleh buat. Bila kerja kita tak fokus, banyak kerja tergendala. Ada yang tak sempurna dan banyak salah. Mana yang gastrik lebih teruk, sampai terpaksa ambil MC atau bermalam di hospital.

Gastrik bukanlah penyakit tetapi lebih kepada masalah kesihatan. Sesiapa pun boleh terkena gastrik. Lelaki, perempuan, kanak-kanak, dewasa mahupun orang tua. Antara punca ramai menghidap gastrik ialah makan tak tentu masa dan makan benda tak khasiat.


Simptom individu dengan gastrik:

  • sakit perut, senak, berangin
  • pedih ulu hati
  • tidak selesa, kembung
  • sendawa berulang kali
  • rasa loya
  • muntah
  • hilang selera makan

Punca gastrik

Sel perut kita akan hasilkan asid hidroklorik. Tujuan asid ni untuk mencernakan makanan. Asid ini boleh hakis tangan dan kulit kalau terkena. 

Perut kita pula ada lapisan perlindungan iaitu lapisan mukosa. Ia melindungi perut kita dari terhakis dengan asid hidroklorik ni. Bila jus asid terlalu banyak, lapisan mukosa ni akan terhakis. Itu yang menyebabkan terkena gastrik.

Mulalah perut rasa sakit, angin, sendawa tak henti-henti. Lebih teruk bila rasa loya dan muntah.

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh kurangkan simptom gastrik tanpa makan ubat. Mari semak 9 makanan yang boleh ubati gastrik.


Makanan #1: Halia
Halia memang sangat sesuai hilangkan gastrik. Ia boleh bantu masalah tak lawas juga. Jika nak elak rasa sebu dan angin, kunyah sedikit halia segar selepas makan.

Anda juga boleh minum campuran secubit serbuk halia ditambah garam batu. Anda boleh tambah hirisan halia dalam makanan. Salah satu cara paling baik untuk kawal gas dalam badan adalah dengan minum teh halia.

Cara buat teh halia - tambah 1 sudu kecil halia yang telah dikisar dalam air dan didihkan untuk beberapa minit. Minum 2- 3 kali sehari untuk buang angin dalam badan.



Makanan #2: Peppermint


Masalah angin boleh dirawat dengan peppermint, Teh Peppermint adalah salah satu cara untuk legakan angin dalam perut. Untuk buat teh peppermint, letakkan daun peppermint segar dalam air dan didihkan. Tapis airnya dan tambah madu sebagai perisa. 

Minum teh herba ini 2-3 kali sehai. Mengunyah daun peppermint segar juga boleh bantu buang angin. 


Makanan #3: Buah Pelaga

Biji ini selalu kita tambah dalam masakan, tetapi ia juga herba yang boleh bantu legakan angin dan gastrik dalam perut. 

Ambil secubit serbuk biji pelaga dan tambah ke dalam lauk atau nasi. Kunyah sebiji biji pelaga juga boleh atasi masalah angin. Seperti juga teh herba yang lain, biji pelaga boleh dibuat teh dengan mendidihkan air panas beserta beberapa biji biji pelaga ini.


Makanan #4: Bunga Cengkih

Bunga Cengkih amat disaran ketika menghadapi gastrik kerana unsur-unsur penyembuhannya. Kunyah beberapa bunga cengkih untuk menghilangkan kesakitan. Boleh juga minum air teh yang ditambah bunga cengkih.


Makanan #5: Soda penaik (Baking soda)
Soda penaik boleh legakan perut dari angin dengan cepat. Minum satu gelas air suam yang telah dicampur 1/4 sudu kecil soda penaik. Campuran air ini adalah petua lama untuk angin dalam perut.

Tambah secubit soda penaik ke dalam jus lemon segar. Ia bertindak sebagai antacid dan kelegaan cepat dari angin.


Makanan #6: Cuka Epal
Cuka Epal adalah petua semulajadi yang berkesan untuk beberapa masalah kesihatan. Ia memberi kelegaan segera untuk angin dalam perut dan membantu mengatasi masalah pencernaan.

Ambil segelas air suam dan tambahkan 2 sudu cuka epal dan biarkan dalam suhu bilik. Minum campuran ini untuk dapatkan kelegaan dari masalah gastrik.


Makanan #7: Kulit Kayu Manis

Herba ini juga salah satu petua hilangkan gastrik. Didihkan kulit kayu manis dengan sedikit air dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sebelum minum. Ia akan bantu elak perut masuk angin.

Anda juga boleh campurkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam segelas susu suam atau tambahkan sedikit dalam campuran serbuk kayu manis sebelum minum.

Teh Kulit kayu manis boleh legakan perut berangin. Hanya tambah sedikit serbuk kayu manis ke dalam air panas dan biarkan sejuk sebelum minum.


Makanan #8: Jintan Manis

Jintan manis sesuai untuk pelbagai masalah kesihatan seperti masalah pencernaan, perut berangin dan senggugut. Ia boleh bantu masalah pencernaan kalau biasakan untuk diminum. 

Tambah satu sudu teh jintan manis dalam air mendidih untuk dijadikan teh. Biarkan ia terendam dalam air seketika. Tapis jintan manis dan minum air itu sebelum makan. Minum 3-4 kali sehari untuk kesan lebih baik. 

Kunyah sedikit jintan yang telah dibakar/disangati setelah dicampur sedikit garam batu juga boleh hilangkan angin dalam badan.


Makanan #9: Bawang Putih
Bawang putih boleh legakan perut dari angin dan gastrik. Baunya dan rasa 'hangat' bawang putih boleh bantu pencernaan makanan lebih baik dan lega dari angin. 

Jika anda rasa perut berangin, cuba buat sup bawang putih. Guna bawang putih segar untuk kesan lebih baik. Ambil 2-3 ulas bawang putih dan bakar atas api secara terus. Tak perlu kupas. Boleh terus di makan. 

Untuk jadikan sup, tumbuk sedikit bawang putih dan campur sedikit air, lada hitam dan jintan putih. Didihkan seketika. Tapis semua bahan dan biarkan sejuk. Minum sup bawang putih ini 2-3 kali sehari untuk kesan lebih baik. 

Sumber: tipsihatselalu.blogspot.my
Sumber: naturavitamina.blogspot.com


Protein berasaskan soya sangat bagus untuk pesakit gastrik. Ini kerana kacang soya mempunyai tahap pH iaitu kealkaliannya yang tinggi dan ia sesuai untuk meneutralkan perut yang berasid disebabkan asid hidroklorik.

ESP juga bertindak sebagai untuk menggantikan sel-sel yang telah terhakis dan digantikan dengan sel-sel yang baru.


Ostematrix
Susu lembu adalah kurang keasidannya iaitu 6.4-6.8 pH menghampiri tahap pH neutral. Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium bagi mereka yang tidak gemar minum susu.


Peppermint Ginger Plus
Produk ini dapat untuk mengurangkan ketidakselesaan perut disebabkan kembung, rasa mual atau loya disebabkan mengandungi halia, jintan hitam, dan jintan manis. 



Nak order SET GASTRIK SHAKLEE ini? Cara Order (klik)


Atau hubungi: 

Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com
COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur


1 comment:

  1. Assalamualaikum. Saya Mohd Zuhairi bin Noordin, pengasas Jutawan Herbs.

    Saya perkenalkan herba warisan turun-temurun yg telah bantu ramai psakit kanser tahap 1–4 sembuh dgn izin Allah.
    Herba ni juga berkesan untuk:

    🔸 Luka kronik kencing manis & gula tinggi
    🔸 Gastrik
    🔸 Sakit lutut
    🔸 Radang paru-paru & sempit (COPD)

    ✔ Boleh amal bersama rawatan hospital & kimoterapi
    ✔ Bantu cepatkan proses sembuh
    ✔ Fokus utama: bunuh sel kanser sampai ke akar – supaya tak berulang
    ✔ 100% herba semulajadi – selamat, tak bertoksik & tak ganggu rawatan moden
    ✔ Boleh amal harian untuk cegah kanser & bantu rwatan penyakit lain



    Ramai dah sembuh! Testimoni pesakit:

    📌 En Sharizal – Kanser Primary Mediastinal Large B-cell Lymphoma Stage 4B, merebak ke paru-paru
    📌 Pn. Nor Hayati binti Hamid – Kanser Payudara ke Paru-paru & Tulang Tahap 4
    📌 En. Mohd Asri bin Ahmad – Kanser Usus Tahap 2
    📌 Suzana binti Ahmad – Kanser Rahim merebak ke lidah Tahap 4
    📌 Nor Azian binti Sarif – Kanser Payudara Triple Negative
    📌 Muhd Aidil Izzat bin Ariffin – Kanser Burkitt Lymphoma, B-cell Phenotype Tahap 4
    📌 Noriza binti Baba – Tapak kaki terbelah sbb kencing manis, hampir dipotong, kini dah bercantum
    📌 Adik Muhd Haziq – Kanser Hodgkin Lymphoma Tahap 4
    📌 Haji Ahmad Hasnal (49 tahun) – Bengkak Prostat
    📌 Muhd Luqman bin Kamaruzaman – Kanser Gastrointestinal stromal tumor, spindle type, high grade Tahap 4
    📌 Noorazimah bt Achin – Kanser Rahim Tahap 3
    📌 Mohd Syafwan Syafiy bin Mohd Hishamuddin – Kanser Leukimia Acute Lymphoblastic (ALL) Tahap 3
    📌 Siti Fauzilah bt Hj Abdullah – Kanser Pangkal Hidung Tahap 4
    📌 Asma bt Mohd Zain – Kanser Payudara Tahap 3
    📌 En. Ami Azhar – Kanser Kolon Tahap 3

    Dan ramai lagi…




    📹 Nak tengok video testimoni pesakit sembuh?
    YouTube: Jutawan Herbs
    Blog: jusinfiniti.blogspot.com




    ❗ Jangan tunggu sakit melarat.
    Penawar dah ada. Usaha sekarang.
    Saya sedia bantu anda – dari rawatan, pemakanan hingga sokongan emosi.

    📲 WhatsApp: 017-468 7570 Mohd Zuhairi bin Noordin

    ❤ Sharing is caring – bantu sebarkan. Ramai yg dah sembuh. Anda bila lagi?

    ReplyDelete