Monday 17 February 2014

Arterosklerosis

Penyakit arterosklerosis adalah disebabkan oleh penyekatan dalam pengaliran darah dalam arteri akibat pemendapan lemak atau kolesterol yang terdapat dengan banyak dalam sesetengah makanan, khususnya lemak haiwan. Pemendapan lemak dan kolesterol di permukaan dinding arteri menyebabkan rongga arteri menjadi semakin sempit, dindingnya mengeras dan kehilangan kekenyalan.

Keadaan arteri ini menyebabkan pengaliran darah melaluinya terganggu dan tekannya menjadi tinggi. Jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah melalui arteri. Akibatnya pesakit mudah menjadi letih.

Penyakit arterosklerosis biasanya akan disertai dengan penyakit hipertensi. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan serangan jantung. Ini kerana jantung tidak menerima bekalan darah yang secukupnya.


No comments:

Post a Comment