Friday 14 February 2014

Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)

Tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit kardiovaskular. Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap dinding salur darah, khususnya arteri, semasa jantung mengepam.

Memakan makanan yang kaya dengan kolesterol menyebabkan banyak kolesterol terkumpul pada dinding arteri. Ini menjadikan diameter arteri semakin sempit. Akibatnya jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat untuk membolehkan darah mengalir keseluruh tubuh badan. Maka ini menghasilkan tekanan darah yang dikenakan terhadap dinding arteri bertambah. Jika dibiar berterusan, ia akan menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi. Bacaan tekanan darah adalah sama/melebihi 140 mmHg tekanan sistolik dan sama/melebihi 90 mmHg tekanan diastolik.

Penyakit hipertensi boleh menyebabkan pemecahan arteri yang kecil, sebagai contoh kapilari darah otak, yang mana kesannya pesakit boleh diserang oleh strok. Serangan strok boleh menyebabkan badan menjadi lumpuh, dan jika serangan tersebut serius, pesakit mungkin mati.

Antara faktor-faktor penyebab tekanan darah tinggi:
  • Umur (biasanya 40 tahun dan ke atas)
  • Keturunan
  • Merokok
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Tekanan (kehidupan harian atau pekerjaan)

Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi individu yang berisiko:
  • Senaman (sekurang-kurangnya 30 minit, 3x seminggu)
  • Kurangkan pengambilan garam yang berlebihan
  • Berhenti merokok
  • Berhenti meminum alkohol (bukan Islam)
  • Pemakanan yang menyokong  kesihatan jantung dan saluran darah
  • Kawal tekanan (bagi masyarakat Islam, penjagaan solat wajib, amalan ibadah sunat seperti solat sunat, bacaan/pendengaran ayat-ayat suci Al-Quran, zikir, muhasabah diri, dikatakan terbukti dapat mengawal tekanan).
Omega Guard dan Garlic Complex dari Shaklee merupakan supplemen yang dapat membantu mengawal dan menurunkan tahap kolesterol dan tekanan darah. Begitu juga Lecithin dan GLA Complex.


Mencegah adalah lebih baik dari merawat.
Masa sihat sebelum sakit.

Nora Fairus (912871)
HP: 012-7517281 

No comments:

Post a Comment