Friday, 9 October 2015

Tidur Tidak Mencukupi Bahaya Buat Anak Anda?

Anak-anak generasi kini sering berjaga sepanjang masa. Hampir 25% kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalami masalah tidur, dari tidur berjalan kepada gangguan hormon yang boleh melambatkan pertumbuhan.

Kanak-kanak lebih mudah mengalami kekurangan tidur. Mereka memerlukan tidur seperti mereka memerlukan makanan. Sekiranya mereka tidak dapat tidur yang mencukupi, ia akan memberi kesan kepada perkara-perkara lain dalam kehidupan.

Ingin saya kongsikan pengalaman saya sendiri. Mungkin anda, ibu bapa di luar sana pernah menghadapinya. Si Kakak (7 tahun) dan Si Adik (5 tahun) dapat bangun tidur dengan mudah, malahan adakala bangun sendiri jika mereka tidur awal. Emosi mereka stabil, sentiasa gembira, dapat menumpu dalam proses pembelajaran di kelas dan mudah mengikuti arahan. Tetapi keadaan jadi terbalik semuanya apabila mereka tidur lewat dan terpaksa bangun awal (tidur tidak cukup). Mereka susah bangun, bangun sambil menangis/mengamuk (emosi tidak stabil) dan sukar mengikuti arahan.  


Antara masalah-masalah yang mungkin dihadapi anak-anak kita jika kekurangan tidur:

1. Pengurangan pengeluaran hormon pertumbuhan - Tidur yang lena merangsang perembesan hormon pertumbuhnan (HGH-Human Growth Hormone). Jika kekurangan hormon ini boleh mengakibatkan kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak. Pengeluaran hormon pertumbuhan sebahagiannya bergantung kepada suhu badan semasa tidur. Tidur yang lena akan menyebabkan suhu badan turun dan pengeluaran hormone meningkat.

2. Pengurangan pengeluaran hormon tiroid - Ini akan menggangu tahap tenaga

3. Pengurangan pengeluaran hormon kortisol -Hormon kortisol penting dalam membantu tubuh anak kita menangani tekanan (seperti dikejar oleh rakan di taman permainan ataupun melawan jangkitan). Hormon ini juga membantu mengawal kandungan gula dalam darah. 

4. Kurang daya tumpuan
5. Mudah meragam atau sensitif
6. Tidak sabar
7. Mudah mengamuk atau marah 
8. Sukar untuk berkawan atau mengekalkan persahabatan 
9. Prestasi tidak bagus di sekolah kerana sukar mengikuti arahan
10. Disalaherti sebagai ADHD (attention deficit hyperactivity disorder)  

Sesetengah ibu bapa mengabaikan masalah-masalah di atas. Sedangkan rutin tidur yang mencukupi dan teratur penting untuk pertumbuhan tubuh dan perkembangan minda anak-anak. Jangan nanti salahkan anak-anak kita sekiranya mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik dan memberansangkan dalam pembelajaran di taska atau sekolah.

Berapa banyak tidur yang diperlukan oleh anak-anak kita?
Waktu tidur anak-anak berubah apabila mereka meningkat dewasa.
Berikut adalah waktu tidur yang diperlukan berdasarkan umur.

5 tahun - 11 jam
7 tahun - 10.5 jam
9 tahun - 10 jam
11 tahun - 9.5 jam
13 tahun - 9-9.5jam
15 tahun - 8.5-9 jam

JANGAN biarkan anak-anak kita mempunyai jadual tidur yang tidak teratur terutamanya semasa hujung minggu. Pertukaran waktu tidur seperti tidur lewat dan bangun lewat dari hari-hari biasa, misalnya lewat tidur 3jam dan lewat bangun 3jam, akan menjadikan mereka letih dan meragam di siang hari. 

Kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak-anak kita cara tidur yang sihat. Fokus kepada 'jam tubuh' dan 'jam loceng'. INGATLAH... anak-anak kita belum dewasa! Mereka perlukan tidur yang cukup.

4 Petanda Anak Bermasalah tidur
  • Mengambil masa lebih 45 minit untuk tidur lena
  • Susah bangun pagi
  • Sukar untuk tidur semula setelah terjaga malam
  • Dengkuran yang kuat dan kesukaran bernafas

5 Langkah Perlu Dilakukan
  • Jadikan waktu tidur masa untuk mengeratkan perhubungan
  • Buat rutin yang biasa atau senyap seperti mandi, pelukan dan bercerita
  • Samarkan lampu atau tutup lampu
  • Bawa mereka tidur sebelum benar-benar mengantuk
  • Bawa berjumpa pakar kanak-kanak sekiranya kesemua di atas tidak menyelesaikan masalah

4 Perlu Dielakkan
  • Jangan penuhkan katil dengan pelbagai permainan. Cukup dengan hanya satu bantal peluk atau anak patung (jika perempuan) dan selimut
  • Jangan beri minuman berkafein 
  • Jangan beri makan berat sebelum masa tidur
  • Jangan letak TV/telefon/ipad/tab/dll di bilik tidur. Jika ada, kawal dan hadkan penggunaan sehingga sejam sebelum waktu tidur

Sumber: CAP

5 comments:

  1. Anak saya tak nak tidur awal melainkn tertidur... proses ni ambik masa,sikit nk train

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bila beberapa malam berubah, akan affect hari2 seterusnya. Macam masa cuti sekolah suka tidur lambat, bila naik sekolah masalah nak tidur awal.

      Delete
  2. Kakak ain 4tahun, selalu sangat tido lambat.. Kul 12-1pgi baru lena.. Tahun depan dah start sekolah.. So, kena cepat ubah cara tido dri skang ni...

    ReplyDelete
  3. Anak saya hanya akan tidur bila malam..suang jangan harap...tq atas info ni..

    ReplyDelete