Tuesday 12 January 2016

15 Peranan IbuBapa Dalam Melahirkan Pelajar Cemerlang

Perkongsian saya kali ini tentang Peranan IbuBapa dalam membantu anak-anak menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat. Bukan hanya berharap kepada usaha anak semata-mata. 

Beberapa informasi saya perolehi daripada IbuBapa saya sendiri, manakala ada sebahagiannya daripada rakan-rakan mereka yang juga merupakan guru pendidik dan mempunyai anak-anak yang telah berjaya.


 
Sebelum ini saya telah berikan beberapa Tips:





Maka, inilah 15 Peranan IbuBapa yang boleh diaplikasikan oleh anda:


1. Solat Wajib & Sunat 
Pastikan ibubapa menunaikan solat fardhu di awal waktu. Amalan solat-solat sunat seperti solat taubat, hajat dan tahajjud dilakukan sekerap mungkin.


2. Puasa Sunat 
Sesetengah ibubapa berpuasa sunat pada hari anak-anak menjalani peperiksaan dengan doa dan harapan anak-anak tenang menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.


3. Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran
Sila rujuk 7 Amalan Kerohanian


4. Zikir, Selawat, Istighfar
Ibubapa juga perlu sentiasa berzikir, selawat dan istighfar. 


5. Sedekah 
Sedekah yang sedikit tapi berterusan. Semasa memberi sedekah, berdoa apa sahaja untuk kebaikan dan kecemelangan anak. Selain itu, sedekah juga memanjangkan umur. Boleh juga amalkan 'Tabung Sedekah Subuh'. 


6. Zakat
Zakat menyucikan harta. Berilah anak-anak daripada sumber pendapatan kita telah disucikan, InShaAllah anak-anak sihat, soleh/solehah, dan mudah-mudahan pandai belajar.


7. Nasihat & Sokongan
Ibubapa perlu memberi nasihat dan sokongan kepada anak-anak dari semasa ke semasa. Jangan putus asa jika anak-anak mendapat keputusan yang kurang memuaskan. Sebaliknya, berilah mereka kata-kata perangsang jika mereka memang telah berusaha sedaya upaya.


8. Sahabat Kepada Anak
Jadilah rakan kepada anak dengan menjadi pendengar setia apabila mereka kongsikan masalah atau kegembiraan mereka. Lebih-lebih lagi apabila anak sedang menempuh alam remaja. Bukannya mengadili seperti hakim. 


9. Belajar Bersama
Sesetengah anak-anak boleh berdikari sendiri. Namun, ada antara mereka memerlukan ibubapa untuk duduk bersama menemani mereka belajar, adakala memeriksa betul atau salah jawapan. 

Maka, korbankanlah sedikit masa, temanlah mereka. Jika anda ibubapa yang ada ilmu tentang subjek tertentu, maka anda mempunyai kelebihan kerana boleh menjadi guru kepada anak-anak sendiri.


10. Sediakan Makanan Berkhasiat
Sajikan anak-anak makanan yang berkhasiat dan mengikuti piramid makanan. Pada minggu peperiksaan, sebolehnya jangan beri sarapan makanan yang pedas atau berangin kerana dikhuatiri akan mengakibatkan ketidakselesaan perut.

Sila rujuk 15 Rahsia Amalan Pemakanan 


11. Hadiah/Ganjaran Buat Anak
Berikan anak-anak hadiah/ganjaran dalam apa jua bentuk yang bersesuaian sekiranya mereka mendapat keputusan yang cemerlang atau paling kurang mereka telah menunjukkan peningkatan dari yang sebelumnya. Hadiah/ganjaran boleh dari segi barangan yang anak idamkan, wang ringgit, percutian keluarga, dll. 


12. Berkata Yang Positif 
Praktikkan berkata yang positif sahaja kepada anak-anak. Ini kerana kata-kata ibubapa adalah doa.

Contoh mudah;
Biasa kita dengar ibubapa berkata:
"Jika awak tak belajar nanti tak pandai" 
"Nanti keputusan exam awak teruk malas belajar"
"Awak nak nombor last yek?"

Ubahlah... Kepada...
"Awak nak nombor 1 kan...? Bacalah..."
"Ehhh... awak kata nak dapat nombor 1. Kenapa tak baca lagi ni?"
"Awak nak nombor 1 tak?"

Biar target tinggi sebab kita tak tahu Tuhan nak beri nombor berapa. Jika awal-awal memang ibubapa target rendah dan tidak percaya kebolehan anak, maka rendahlah dapatnya. 

Mungkin ada ibubapa kata nombor tak penting. Tapi pasti kita nak doa dan ucap yang baik-baik saja untuk anak kita, kan? 


13. Kenali Potensi/Minat Anak & Jangan Memaksa
Kenalilah potensi dan minat anak-anak dari kecil. Pahami perasaan mereka. Ingat jangan mendesak anak-anak mengambil bidang pengajian yang tidak diminati. Psikologi dan fisiologi mereka akan terganggu sekiranya mereka dipaksa mempelajari bidang yang tidak disukai. 


14. Sediakan Keperluan Belajar Anak
Pastikan kelengkapan belajar anak-anak di sekolah dan rumah mencukupi seperti alat tulis, buku-buku rujukan, Ruang Belajar Yang Selesa Di Rumah,  dll. Ini akan menjadikan mereka bersemangat untuk belajar dan keingini untuk berjaya tinggi.


15. Berdoa & Tawakal 
Teruskan berdoa dan tawakal secara berterusan (istiqomah) untuk kebaikan dan kecemerlangan hidup anak-anak kita di dunia dan akhirat. Ameen.


Amalkanlah ikut kemampuan dan masa. Semoga usaha kita semua dirahmatiNYA. 

Sharing is Loving. 



Nak order Vitamin Minda Shaklee untuk Anak-anak? Cara Order (klik)   

Atau hubungi: 
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com
COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment