Sunday 1 January 2017

WAHM | Best ke Best?

Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari hari semalam.
Rugilah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.
Celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari hari semalam.

Alhamdulillah pertukaran halatuju hidup saya sebagai WAHM (Work At Home Mom) telah banyak mengubah diri saya sendiri ke arah yang lebih baik. InshaAllah. 

Memang banyak dugaan, kesukaran & hujan air mata pada mulanya. Lebih2 lagi pabila kita berusaha keluar dari zon selesa ke zon yang lebih mencabar kemampuan diri.




Syukur yang amat sangat apabila Allah terus temukan saya dengan bisnes yang betul, family/kumpulan biz yang hebat & produk semulajadi yang berkesan, mesra alam & selamat dalam jangkamasa panjang.

Pelbagai ilmu yang saya peroleh. Bukan sahaja tentang selok-belok biz & psikologi customers, malah ilmu nutrisi pemakanan, penyakit & kesihatan, hal2 kekeluargaan, isu2 ekonomi, politik & sosial, serta yang paling penting peringatan tentang amalan kerohanian.

Umpama pepatah
"lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita rasa masih tak tahu"

Mana taknya... Walaupun saya pernah menjadi pensyarah Biologi selama lebih 8 tahun, tapi banyak lagi nama2 penyakit, istilah2 biologi/perubatan & ilmu nutrisi yang masih tidak arif.

Berbekalkan ilmu produk semulajadi, tips close sale, tips pemasaran, tips blogging, tips facebook, tips bisnes online/offline dll, saya mula membina empayar #VirtueFamily.

Apa yang best lagi? Rakan2 saya bertambah dari semasa ke semasa, dari kalangan SID biz & customers saya di seluruh Malaysia.

Semoga biz ini bukan sahaja mengubah diri saya, tetapi dapat membantu ahli2 dalam empayar saya yang memerlukan pendapatan tambahan. Tiada limit bagi pendapatan yang ingin dijana. Yang penting usaha kuat & hati yang kental, diiringi doa & tawakal yang berterusan.

2 kegembiraan diperoleh. 

Pertama, keadaan kesihatan & kualiti hidup yang lebih baik bagi diri saya & keluarga. 
Kedua, peluang membantu surirumah & rakan2 bekerjaya lain menjana pendapatan dengan biz Shaklee.

No comments:

Post a Comment