Tuesday 10 November 2015

10 Sebab Hebat Anda Mesti Menyusu Bayi

Susu ibu merupakan makanan terbaik buat bayi anda yang baru lahir. World Health Organization amat menggalakkan semua bayi diberi susu ibu secara eksklusif paling kurang selama 6 bulan pertama. 


Berikut adalah 10 sebab hebat mengapa ibu-ibu mesti menyusu bayi:

1. Ianya mudah! Anda tidak perlu membasuh dan mensteril botol susu. Anda juga tidak perlu bersusah-susah membawa beg botol susu yang berisi botol, bekas susu formula, air masak dan berus botol ke mana-mana.
 
2. Bayi yang diberi susu ibu mendapat perlindungan awal dari penyakit kanak-kanak seperti asma, ekzema, diabetes mellitus, leukemia, gastroenteritis, ear infection atau otitis media, dan jangkitan saluran kencing.

Pada tiga hari pertama selepas kelahiran, susu yang dikeluarkan mengandungi kolestrum yang kaya dengan antibodi untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh bayi anda. 

3. Bayi anda akan kurang risiko mendapat sembelit, sakit perut atau kembung perut. 

4. Meningkatkan IQ bayi anda. Bayi anda akan lebih cerdik dan bijak.

5. Membantu perkembangan deria penglihatan bayi anda.

6. Mengurangkan risiko sudden infant death syndrome (SIDS). SIDS merupakan kematian mengejut bayi yang sihat di bawah umur setahun ketika sedang tidur, biasanya tidak dijangka dan tidak dapat dirungkaikan mengapa ia terjadi.

7. Penghasilan susu ibu berubah secara harian mengikut perkembangan dan pembesaran bayi anda. Bayi anda akan mendapat keperluan harian yang mencukupi tanpa perlu anda risau.

8. Penyusuan bayi akan mengurangkan risiko ibu-ibu dari osteoporosis, kanser payudara, kanser rahim dan kanser ovari.

9. Penyusuan juga membakar lebih 500 kalori sehari dan membantu rahim anda kecut semula lebih cepat ke saiz asal sebelum mengandung. Jika tandem nursing, nahhh lagi cepat kurus dan kekal cantik ramping.

10. Semasa proses penyusuan, tubuh anda akan merembeskan endorfin, iaitu 'hormon kasihsayang' yang akan mengeratkan lagi hubungan istimewa ibu-anak.

Sharing is Loving

No comments:

Post a Comment