Wednesday 18 November 2015

6 Tips Mendapat Bayi LELAKI atau PEREMPUAN

Pasangan yang berumahtangga pasti inginkan anak sebagai penyambung generasi. Sebahagian daripada anda inginkan anak lelaki atau perempuan sebagai anak sulung atau kedua dan seterusnya. Ada yang inginkan anak ramai dan ‘selang-bunga’ (lelaki perempuan lelaki perempuan).

Sebagaimana yang kita ketahui, sperma suami membawa kromosom X atau Y manakala telur isteri hanya mengandungi X. Penentuan jantina adalah berdasarkan percantuman 2 kromosom dari sperma dan telur.

Selepas persenyawaan 2 gamet (sperma dan telur), zigot atau sel yang terhasil samada XX (perempuan) atau XY (lelaki).

Sperma yang membawa kromosom Y lebih aktif dan berenang lebih cepat, tapi jangka hayatnya pendek. Jangka hayat sperma ini dapat dipanjangkan jika keadaan rahim lebih beralkali.

Manakala sperma yang membawa kromosom X berenang lebih lambat tetapi lebih panjang jangka hayatnya, lebih-lebih lagi jika keadaan rahim lebih berasid. 

Berdasarkan ciri-ciri fisiologi sperma yang matang (spermatozoa) ini, gynecologists mengeluarkan teori ‘Choice of a girl or a boy’. Namun, bagi pasangan yang Muslim, anda harus ingat kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal, selebihnya Allah tentukan.

Saya telah mengaplikasikan beberapa tips semasa cuba mendapatkan anak lelaki, selepas anak yang pertama dikurniakan perempuan. Alhamdulillah dengan izinNYA berjaya.

Di sini saya kongsikan 6 Tips untuk mendapat bayi lelaki atau perempuan. Saya perolehi perkongsian ilmu ini dari salah satu kelab ibu-ibu 6 tahun yang lalu. Tidak pasti siapa penulis asalnya. Anda hanya perlu mengamalkan kaedah semulajadi, tidak perlu kaedah moden yang amat mahal. 

1. Makanan

Jika ingin bayi perempuan:

Suami perlu makan lebih makanan beralkali, Isteri makan lebih makanan berasid.

Jika ingin bayi lelaki:

Suami perlu makan lebih makanan berasid, Isteri makan lebih makanan beralkali.



Makanan beralkali: sayur-sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dll.

Makanan berasid: daging merah, makanan laut (seperti udang dan ikan), dll.





2. Masa Persetubuhan

Jika ingin bayi perempuan:

Kerap bersetubuh sebelum waktu subur (pre-ovulation period). Dengan kata lain, selepas habis keluar haid terus bersama dan tingkatkan kekerapan.

Jika ingin bayi lelaki:

Bersama hanya sejurus sebelum jangkaan ovulasi, atau ketika ovulasi atau sejurus selepas ovulasi.



Ovulasi adalah waktu subur yang mana telur (secondary oocyte) si isteri dikeluarkan dari ovari dan masuk ke dalam oviduktus/tiub fallopio, sedia untuk disenyawakan oleh sperma. Kebiasaanya satu telur akan matang dalam salah satu ovari isteri pada setiap bulan.



Bagaimana nak pastikan tanda-tanda ovulasi?

Antara tanda-tanda ovulasi ialah suhu badan akan meningkat daripada suhu normal, keinginan libido/seksual meningkat, pertambahan lendir serviks, sakit kepala dan rasa sengal pada payudara.





3. Kemasukan/Penetrasi

Jika ingin bayi perempuan:

Suami perlu elak kemasukan/penetrasi zakar yang terlalu dalam di dalam faraj/vagina isteri ketika bersama. Kebarangkalian sperma X sampai kepada telur dahulu lebih tinggi.

Jika ingin bayi lelaki:

Suami disaran memasukkan zakar dengan kadar yang paling dalam semasa ejakulasi agar zakar berada lebih dekat dengan serviks (deep penetration). Ini akan memendekkan perjalanan sperma Y dan kebarangkalian sperma Y sampai kepada telur dahulu lebih tinggi.



Sebab:

Ciri-ciri sperma yang membawa X atau Y

-          X:  umpama pelari marathon dengan stamina yang baik

-          Y:  umpama pelari pecut tatpi stamina yang kurang baik






4. Stimulasi Rangsangan

Jika ingin bayi perempuan:

Isteri perlu elak rangsangan semasa bersama. Ini kerana rembesan dari faraj isteri menjadi alkali apabila dirangsang. Maka ia akan menggalakkan aktiviti spermatozoa Y.

Jika ingin bayi lelaki:

Suami ejakulasi selepas isteri telah dirangsang.





5. Persediaan Isteri

Jika ingin bayi perempuan:

Basuh faraj dengan cecair yang mengandungi 2 sudu penuh cuka putih dilarutkan ke dalam 1 Liter air, setengah jam sebelum bersama. Keadaan faraj yang asidik akan mengurangkan atau melambatkan aktiviti spermatozoa Y.

Jika ingin bayi lelaki:

Basuh faraj dengan cecair yang mengandungi 2 sudu penuh soda dilarutkan ke dalam 1 Liter air, setengah jam sebelum bersama. 





6. Kedudukan

Jika ingin bayi perempuan:

Isteri berada di atas lelaki (ketika ejakulasi)

Jika ingin bayi lelaki:

Suami berada di atas isteri. Kedudukan ini membantu spermatozoa Y sampai ke telur lebih cepat berbanding spermatozoa X.





Semoga berguna kepada sebahagian daripada anda sekiranya memang di dalam fasa merancang kini. Apa yang paling penting, anda perlu pastikan dahulu bahawa anda (suami dan isteri) tiada mengalami sebarang masalah kesuburan. Jika anda mempunyai masalah, mungkin anda memerlukan supplemen tambahan atau bertemu pakar. 



Jika anda lihat kebanyakan Tips memerlukan kesefahaman dan kerjasama antara suami dan isteri. Selepas berusaha, teruskan berdoa, solat hajat dan tawakal.



Sekiranya tidak berjaya mendapat jantina yang diingini, jangan kecewa kerana yang penting kita punya zuriat yang sihat, sempurna akal fikiran dan fizikalnya. InshaAllah.



Sharing is Loving

No comments:

Post a Comment