Thursday 12 January 2017

7 JARS SYSTEM Bantu Anda Rancang Kewangan Dengan Bijak

Biasa kita dengar 6 Jars System. Tapi hari ni Nora ingin kongsikan 7 Jars System yang kami adaptasi dari 6 Jars System. 

(6 Jars System diasaskan oleh T. Harv Eker, seorang usahawan berjaya dan pakar motivasi. Beliau juga penulis buku Secrets of The Millionaire Mind terbitan HarperCollins)

7 Jars System ni merupakan salah satu method yang membantu kita mengawal kewangan bulanan.

Sebelum kita belanjakan duit kita, kita mesti sediakan dulu perancangan perbelanjaan kewangan. Tak kisahlah dalam bentuk fizikal seperti tabung/jar untuk cash atau melalui akaun bank berbeza. 

So apa dia yang 7 Jars System tuu?

NEC (Necessities) - 50%
Keperluan harian, barang dapur, bil2 bulanan, insurans, baju, belanja anak2 sekolah, yuran2, pengangkutan, taska, dll.

EDU (Education) - 5%
Pendidikan untuk minda & jiwa seperti beli buku, kelas atau training atau tambang untuk menghadiri kelas tersebut.

LTSS (Long Term Saving for Spending) - 10%
Perbelanjaan yang akan digunakan beberapa tahun lagi atau jangka masa panjang. Misalnya, nak beli rumah, kereta, anak2 masuk sekolah asrama atau universiti dll. 

FFA (Financial Freedom Account) - 5%
Perbelanjaan untuk investment, memulakan bisnes, cipta passive income, atau active income selepas kita pencen. 

PLAY - 10%
Perbelanjaan untuk aktiviti santai atau leisure seperti massage di spa, makan2 di restoran mahal, travel, beli hadiah, dll.

GIVE (Giving) - 10%
Sedekah kepada yang memerlukan seperti anak2 yatim dan keluarga miskin.
Zakat kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
Kebajikan kepada badan2 atau organisasi yang memerlukan.

PARENTS - 10% 
Perbelanjaan atau hadiah kepada Ibu Bapa kita. Bagi yang telah tiada ibu bapa, bolehlah panjangkan amalan mereka dengan sedekah atau wakaf yang diniatkan atas nama mereka.

Contoh: Gaji bersih RM5000
==================
NEC 50% - RM2500
EDU 5% - RM250
LTSS 10% - RM500
FFA 5% - RM250
PLAY 10% - RM500
GIVE 10% - RM500
PARENTS 10% - RM500

Selain tabung/jar, kita boleh guna apa2 bekas lain seperti tupperware, sampul duit raya, sampul surat, buku, pocker file yang comel, beg kecil atau pouch, dll.

Macam dalam gambar ni Nora guna-semula (ReUse) bekas2 Shaklee seperti ESP, Meal Shakes & Performance Drink. Bolehlah nanti kita label kat penutup. Rakan2 boleh juga guna kotak Collagen Powder yang cantik tuuu.

Kesannya, kita akan lebih berhati2 dan berjaga2 untuk berbelanja. Takdelah membazir atau overspent. 

Yang penting kita mesti disiplinkan diri setiap bulan. 

DISIPLIN
DISIPLIN
DISIPLIN

Better mula awal atau dari sekarang walaupun gaji atau bonus kita baru rm50.


Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain. 

2 comments:

  1. Menarik perkongsian ni... apapun bergantung pada kemahuan dan disiplin diri sendiri kan? hm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. percentage pembahagian juga boleh ikut kemahuan sendiri.

      Delete