Wednesday 15 June 2016

5 Petanda Bayi Jaundis Anda Dalam Bahaya

Jaundis (Kekuningan) adalah masalah yang berlaku di dalam tubuh bayi apabila tahap bilirubin meningkat. Pasti para ibu tertanya-tanya "adakah cara untuk mengelak jaundis?"

Sebenarnya tiada cara yang spesifik untuk mengelakkan masalah jaundis pada bayi yang baru lahir. Mungkin ada amalan atau petua berkesan kepada sesetengah individu, tetapi tidak pada sesetengah yang lain.

Apa itu bilirubin?
Ia terbentuk daripada daripada sel-sel darah merah bayi itu sendiri. Sekiranya kadar pemecahan sel darah merah lebih tinggi, maka bilirubin bayi yang terhasil juga tinggi. Kemudian, bilirubin akan dibawa ke hati untuk diproses. 

Namun, proses tersebut akan menjadi lambat jika hati bayi belum matang. Inilah yang menyebabkan bilirubin berkumpul di kulit, seterusnya mengakibatkan jaundis. Bilirubin yang ada dalam tubuh bayi akan bertambah tinggi. 



Doktor pernah mengatakan kepada saya bahawa masalah jaundis tidak begitu besar, kecuali bagi bayi pramatang. 80%-90% bayi pramatang mengalami masalah ini. Nahhh... anak sulung saya dilahirkan pramatang (35 minggu). Dan memang sebulan (mungkin lebih) baru dia bebas jaundis. Malah anak lelaki saya juga (37 minggu) mengalami jaundis tetapi hanya 1-2 minggu. 

Pengalaman saya seiringan dengan maklumat tentang bayi yang berisiko tinggi untuk mendapat jaundis, seperti di bawah:
- Bayi yang dilahirkan pramatang (<38 minggu)
- Bayi yang dilahirkan menggunakan bantuan vakum
- Bayi lelaki lebih berisiko 

Ooppppsss... anak-anak saya dikeluarkan menggunakan vakum! Jadi belajar teknik pernafasan yang betul ya bakal ibu-ibu, jangan jadi seperti saya. Pergi kelas.


5 Petanda Bayi Jaundis Anda Dalam Bahaya
- Lemah dan tidak aktif
- Kuning yang keterlaluan
- Tidak mahu menyusu
- Tidur keterlaluan
- Menangis dengan nada yang tinggi

Perhatikan ya ibu-ibu 5 petanda ini sekiranya bayi anda mengalami jaundis.


Rawatan
Rawatan fototerapi dijalankan bagi bayi yang mengalami jaundis. Tempoh rawatan bergantung kepada tahap bilirubin.



No comments:

Post a Comment