Thursday 16 June 2016

8 Amalan Menjamin Kualiti Tidur Anak

Tidur yang berkualiti amat penting bagi menjamin kesihatan fizikal, mental dan emosi anak-anak kita, malah diri kita sendiri. 

Pernahkah anak kecil anda mengamuk, meragam atau menangis ketika dikejutkan bangun pagi? Jika ya, mungkin anak anda mendapat tidur yang kurang berkualiti atau tidak cukup.



Berikut adalah 7 amalan bagi menjamin kualiti tidur anak-anak kita:

1. Bersugi/Gosok Gigi
Sebelum masuk tidur, ingatkan anak-anak untuk menggosok gigi mereka demi menjaga kesihatan gigi dan mulut. 


2. Berwuduk
Sentiasa berpesan pada anak-anak untuk mengambil wuduk. Ini menjamin kebersihan dan kesucian diri agar dapat tidur dengan lena.


3. Salam IbuBapa & Bermaafan
Agama kita amat menggalakkan anak-anak bersalam/mencium tangan ibubapa sebelum masuk tidur dan memohon maaf jika ada kesalahan (bergantung kepada umur anak). Kita juga sebagai ibubapa perlu meminta maaf daripada anak sekiranya kita ada memarahi mereka pada hari tersebut. Biasakan juga mencium anak kecil anda agar mereka rasa disayangi. 

Ini dapat menjamin kestabilan emosi anak-anak apabila mereka bangkit keesokan harinya. InshaAllah akan mengurangan kejadian amukan atau moody di subuh hari. 


4. Berdoa (sebelum & selepas tidur)
Ajari anak-anak doa dan surah-surah yang sunat dibaca sebelum tidur. Antara surah-surah amalan ialah AL-Fatihah, Al-Ikhlas (3X), Al-Falaq, An-Naas dan ayat Kursi. Ini penting sebagai pelindung diri untuk mengelak gangguan syaitan semasa tidur.

Saya juga mengajak anak-anak saya berselawat dan beristighfar (3X). Kami bacakan bersama-sama.

Jika anak anda masih kecil/bayi, bacakan untuk mereka.

Tidak dilupa doa selepas bangun dari tidur. Ia sebagai tanda kita bersyukur kerana masih lagi bernafas di muka bumi ini. Kami biasanya akan tolong membacakan kepada anak-anak kami ketika membangunkan mereka dengan kuat sedikit kerana mereka masih lagi mengantuk. 


5. IbuBapa Berbisik Doa & Kata-kata Positif/Nasihat
Ibubapa amat digalakkan untuk membacakan/membisikkan doa-doa lain atau kata-kata positif ketika anak hampir melelapkan mata atau tidur-tidur ayam. Lakukan ia sambil mengusap kepala anak atau meramas tangan/jari-jemarinya. 

Ini kerana otak kanan anak masih bekerja. InshaAllah apa sahaja atau sebahagian yang anda bisikan akan melekat di minda si anak. 


6. Posisi Tidur
Ikuti cara tidur Rasulullah kerana ia cara yang terbaik bagi mendapat tidur yang berkualiti dan menjaga kesihatan sistem biologi tubuh. Tidurlah di sisi rusuk sebelah kanan. Tunjuk anak cara yang betul. 


7. Bacakan Buku
Sekiranya anak-anak anda masih belum mengantuk, ambil masa penting ini untuk mendekati mereka dengan membacakan buku-buku cerita atau kisah-kisah teladan. Moga mesej-mesej yang baik dapat disampaikan dan diingati oleh mereka untuk kegunaan dalam hidup di masa hadapan. 


8. Minum Susu. Jangan Makan Sebelum Tidur.  
Susu dikatakan dapat membantu anak kita tidur dengan lebih lena. Penyerapan kalsium juga maksimum ketika sedang tidur. Kalsium yang cukup penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat. 

Pastikan anak makan di awal malam. Jangan praktik makan malam yang berat 1-2 jam sebelum tidur bagi mengelakkan ketidakselesaan perut. 

Semoga diamalkan.

No comments:

Post a Comment