Monday 13 June 2016

Kehamilan Anggur

Pastinya ada di kalangan kita yang baru pertama kali baca atau dengar kehamilan anggur

Sebelum itu, kita harus tahu bahawa kehamilan terjadi hasil dari persenyawaan sperma dan ovum yang akan menjadi zigot. Kemudian, sel tersebut akan mengalami pembahagian sel untuk menjadi blastosis, dan seterusnya embrio.

Namun, proses di atas tidak terjadi pada kehamilan anggur, yang mana keadaan rahim tidak berisi janin (embrio). Rahim hanya berisi gelembung-gelembung yang seakan menyerupai buah anggur. 



Sel-sel trofoblas (sel luar) terus berkembang dan membentuk plasenta, tetapi sel telur (sel dalam) mati atau terhenti perkembangannya pada minggu ke-3 atau ke-4. Sel-sel trofoblas akan membengkak dan membentuk gelembung-gelembung berisi cairan. Ia kelihatan seperti buah-buah anggur yang berukuran antara 1 mm - 2 sm.

Kehamilan anggur boleh dikesan seawal minggu ke-6 kehamilan. 


Ketahui simptom kehamilan anggur:
- Berlaku pendarahan yang berulangkali
- Kandungan kelihatan lebih besar (hamil 2-3 bulan tetapi seolah 4-6 bulan)
- Kadar hormon hCG (human chorionic gonadotropin) yang tinggi 
- Mual dan muntah yang teruk di trimester pertama 


Rawatan:
Doktor akan mengeluarkan sel-sel trofoblas mengikut kaedah tertentu. Ini kerana jika kehamilan anggur tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan masalah lain termasuk kematian. 


**Tahap Hormon hCG (human chorionic gonadotropin) boleh diketahui melalui ujian urin. Hormon ini dirembeskan oleh trofoblas di awal kehamilan. Apabila plasenta terbentuk, ia akan mengambil-alih tugas trofoblas.

**Pihak suami dan isteri perlu menjaga kesihatan dan kualiti sperma/ovum yang dihasilkan agar sel yang tersenyawa dapat membahagi dan berkembang dengan baik. Bagaimana? Dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat, serta berjumpa pakar untuk nasihat.

No comments:

Post a Comment