Wednesday 29 June 2016

8 Idea Kreatif Guna-Semula Bekas Shaklee

Anda pengguna tegar produk Shaklee?

Jika YA, pastinya anda mempunyai banyak bekas-bekas terpakai seperti botol-botol vitamin, kotak Nutriferon atau Collagen Powder, dan tong-tong ESP, Cinch, Performance Drink atau MealShakes.

Nora dengan sukahati ingin berkongsi 8 Idea Kreatif Guna-Semula Bekas Shaklee. Sungguh seronok jika dapat dilakukan dengan anak-anak kita. Bekas-bekas terpakai tersebut boleh digunakan pelbagai tujuan.




1. Bekas Alat Tulis
Saya letakkan pelbagai keperluan alat tulis anak-anak (seperti pen, pensel, pensel warna, pembaris dan gunting) ke dalam botol-botol vitamin.



2. Bekas Sudu Garfu
Sungguh comel rasanya pabila dapat meletakkan set kanak-kanak ikea seperti sudu, garfu dan pisau ke dalam botol-botol vitamin ini. 

Cantik dan unik tak penyedut minuman anak-anak saya?



Ini adalah contoh susunan asal - Corak Bunga.

Saya gunakan pita pelekat untuk menggabungkan 7 botol kecil (AJHT, OsteMatrix, B Complex, GLA Complex, Peppermint Ginger Plus, HerbLax dan Garlic Complex) kepada 1 botol besar (Omega Guard). 

Saya gunakan penutup bekas plastik makanan yang bulat sebagai penampung di bahagian bawah. Mesti pelik kenapa terhasil octagon shape. Saya hanya guna sampul hadiah dipotong segiempat sama. Automatik terjadi octagon shape semasa menyampul penutup bulat. 



3. Bekas Simpanan Mainan (Kotak/Tong)
Ini idea anak lelaki saya yang berusia 6 tahun. Hafiz suka menyimpanan mainan yang bersaiz kecil dalam kotak Nutriferon.

Kadang-kadang dia isi kad-kad mainan dan curi-curi bawa ke taska. 



Selain daripada kotak, kami juga menggunakan tong-tong ESP, Cinch, Performance Drink atau MealShakes untuk menyimpan mainan Hafiz seperti kereta Hot Wheels, lego, bola, gasing, dll. 


4. Bekas Simpanan Aksesori (Kotak/Tong)
Beginilah jika kita mempunyai anak perempuan yang suka melawa (bersolek). Husna (8 tahun) ada banyak aksesori kanak-kanak seperti gelang, rantai, klip rambut, getah rambut, cincin dan butang.

Maka kotak Collagen Powder ni memang amat sesuai dan mudah untuk dijadikan kotak simpanan aksesori wanita. 


Seperti idea No.3, kita boleh juga menggunakan tong-tong ESP, Cinch, Performance Drink atau MealShakes sebagai bekas simpanan aksesori.


5. Tabung Duit
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"
Ajarlah anak menabung dari kecil.

Kami gunakan tong MealShakes dan Performance Drink sebagai Tabung Duit Husna dan Hafiz. Semua ni bukan duit kami tau. 

Ini Husna yang punya. Menabung sejak Tahun 1. Semua duit baki belanja sekolah kami pesan masuk tabung. Bila-bila nak sedekah kat sekolah atau hujung tahun nak beli mainan boleh ambil dari duit tabungan.



6. Bekas Simpan Makanan/Barangan Kedap Udara
Siapa sangka tong ESP, Cinch, Performance Drink atau MealShakes amat berguna sebagai bekas simpan makanan kedap udara.

Ini contoh isi kudapan santai-santai.


Kita boleh simpan pelbagai bahan-bahan kering lain di dapur juga. 
Antaranya seperti:

- Tepung gandum/jagung/beras/pulut/dll.
- Gula/Gula
- Herba kering (basil/thyme/oregano/rosemary/dll.)
- Serbuk kari/kunyit/ketumbar/sup/dll.
- Rempah-ratus (bunga lawang, kayu manis/bunga cengkih/buah pelaga/dll.)


7. Bekas Kuih Raya 
Jika rajin, tampal pelekat bercorak atau berbunga untuk jadikan tong-tong ESP, Cinch, Performance Drink atau MealShakes menarik dan cantik sebagai bekas kuih raya. 



8. Pasu Tanaman 
Suatu ketika saya dan suami rajin bercucuk tanam. Kami gunakan tong-tong Shaklee sebagai pasu tanaman.

Kami tanam pokok cili padi, daun bawang, thyme (herba) dan ketumbar. Sesuai juga tanam pokok bunga atau kaktus. 


Menarik ke best? 
Sila lah sila jadi kreatif bersama suami/isteri dan anak-anak.

Sharing is Loving!


Nak order Produk Shaklee? Cara Order (klik)

Atau hubungi: 
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com
COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

4 comments:

  1. ohh entry ni memang terbaik siap dengan gambor yang cantik lagi menarik kau memang debom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semoga dapat melindungi alam sekitar kita.

      Delete
    2. Memang terbaiklah. Sumber inspirasiku

      Delete
    3. Gembira kerana dpt memberi inspirasi. Tq

      Delete