Sunday 26 June 2016

Resepi PES TOMYAM Mesra Kanak-Kanak

Menu Cadangan:
============
Tomyam Ayam
Tomyam Seafood
Tomyam Campur
Tomyam Sayur
Tomyam Cendawan
Nasi Goreng Tomyam
Bihun Goreng Tomyam
Kuey Teow Tomyam
Bihun Tomyam
Ayam Goreng Tomyam


Bahan-bahan: (1 botol)
==========
2 biji Bawang Besar
8 biji Bawang Putih
15 tangkai Cili Kering (kurang pedas)
3 batang Serai
2 inci Halia
2 inci Lengkuas
2 inci Belacan
2 biji Limau Nipis
6 helai Daun Limau Purut
1 cawan air asamjawa
1/2 cawan minyak masak 
3 sudu kecil Gula Perang
3 sudu kecil Gula Pasir
3 sudu kecil Garam


Cara-cara:
=======
1. Potong kecil semua bahan. 
2. Cili kering dibuang biji & rebus (pilih cili kering yang tidak pedas - berkedut & tidak kilat)
3. Belacan boleh guna terus atau dibakar terlebih dahulu. (optional - tidak perlu jika anda/anak alah kepada belacan)

4. Kisah semua bahan (Langkah 1-3) bersama air asamjawa.

5. Tumis bahan kisaran dengan minyak masak.

6. Setelah air hampir kering/memekat, masukkan garam & gula (saya guna gula perang & gula pasir biasa). Boleh guna salah satu jenis gula sahaja.
7. Masukkan jus perahan limau nipis.

8. Biarkan sehingga menjadi PES TOMYAM yang pekat.

9. Masukkan dalam bekas seperti botol kaca atau balang plastik 
(untuk kegunaan sendiri atau dijual) 
10. Simpan dalam petiais. 

Sedia untuk digunakan. Hanya perlu tumiskan PES TOMYAM.

PES TOMYAM dalam botol kaca (yang saya pegang di gambar) tahan lama. Setiap bulan masak tomyam sebab anak-anak suka. 6 bulan baru habis. 

Jadi berdasarkan pengalaman, 6 bulan dalam petiais keadaan PES TOMYAM masih baik seperti asal. Saya yakin boleh tahan lebih lama, mungkin setahun atau lebih. InshaAllah.
TANPA PENGAWET
TANPA PERASA TIRUAN


Saya guna 2 sudu makan PES TOMYAM untuk 1 ekor ayam & kuah yang banyak (menutupi semua ayam).
Bergantung kepada jumlah air & ayam, mungkin perlu tambah garam gula dalam masakan.
Jika nak cepat saya memang hanya tumis PES TOMYAM sebelum tambah air & ayam dll. Semudah itu sahaja.

Nak lagi sedap? 
Jika ada masa & bekalan daun limau purut, serai, bawang besar & bawang putih, saya akan tumis dahulu bahan-bahan tersebut sehingga naik bau sebelum masukkan PES TOMYAM.

Sekiranya anda suka pedas, bolehlah tambah cili padi semasa memasak tomyam. Berapi!!!




2 comments: