Friday 2 September 2016

5 Perkara Memupuk Persaudaraan Sesama Muslim

Membentuk persaudaraan itu menjadi kemestian dan diterapkan secara langsung dalam kehidupan kita. Terdapat berpuluh-puluh ayat Al-Quran yang menyentuh tentang konsep persaudaraan dalam Islam.
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, oleh itu ciptakanlah hubungan yang baik antara kedua saudaramu  itu, dan bertaqwalah kepada Allah, mudah-mudahan kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurat: 10)

Daripada Abi Hurairah r.a. telah bersabda Rasulullah SAW, bahawa hak seseorang Muslim atas Muslim lainnya ada 5 perkara:

  1. Membalas (mengucapkan) salam.
  2. Melihat (melawat) orang yang sedang sakit.
  3. Mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan untuk dikebumikan).
  4. Memenuhi jemputan.
  5. Mendoakan orang yang bersin.
Lima perkara atau cara yang dinyatakan dalam Hadith di atas kesemuanya bertujuan untuk melahirkan dan mewujudkan satu persaudaraan yang kukuh dan mantap. 

Kukuh dan mantapnya persaudaraan itu sehingga menjadi kuat antara satu bahagian dengan bahagian yang lainnya. Ia seumpama satu anggota badan kita sakit, maka seluruh anggota juga merasa sakitnya.

Hari ini Nora hanya ingin menyentuh perkara No.2 iaitu melawat orang yang sedang sakit. Terdapat beberapa adab semasa menziarahi orang sakit dari kitab Feqah, antaranya:
  • Duduk dengan cara yang ringan. Bermaksud jangan menjadi seperti tetamu yang perlu dilayan.
  • Jangan bertanya atau berbual berlebih-lebihan kepada orang yang sedang sakit.
  • Sentiasa menunjukkan riak muka kasih sayang, kekeluargaan dan tanda simpati.
  • Memejamkan atau memalingkan mata dari melikat aurat orang yang sakit. Jika memasuki rumah pesakit hendaklah secara perlahan-lahan (jangan tergopoh-gapah) dan meminta izin dahulu daripada si penjaga pesakit. Ini dapat memberikan masa yang cukup bagi pesakit dan ahli keluarga atau penjaga untuk menutup aurat atau melakukan apa-apa yang patut.
  • Mendoakan orang yang sakit itu segera sembuh.
  • Ziarah jangan terlalu lama.
  • Membawa buah tangan jika mampu.
Semoga kita mengapplikasikannya bersama. 

No comments:

Post a Comment