Sunday 4 September 2016

Resepi Begedil Daging | Begedil Ayam

Salam Sejahtera.

Tiba-tiba teringat masakan soto Johor mak. Bila makan soto tak sah jika takde begedil. Nora dan keluarga memang suka sangat begedil, tak kiralah begedil daging atau ayam. 

Jom buat begedil daging dan ayam resepi emak Nora. Sesuai dimakan dengan macam-macam menu seperti soto, nasi, mi atau begitu sahaja. 
Bahan-bahan:
=========
Daging / Ayam
Kentang
Bawang besar
Bawang kecil/merah
Bawang putih
Daun sup
Kayu manis
Garam
Gula
Telur
Minyak masak


Cara-cara:
========
1. Hiris kentang dan goreng sehingga kekuningan sedikit.
  

2. Kisar kentang sehingga halus menggunakan food processor. Emak Nora suka tumbuk menggunakan batu lesung.

3. Kisar daging sehingga halus. Ada pihak guna minced meat. Nora suka guna daging segar.
(Bagi begedil ayam, Nora guna beberapa ketul dada ayam yang dikisar. Boleh juga jika anda nak guna minced chicken).
 

4. Hiris halus bawang kecil/merah dan bawang putih. (Nora tiada stok bawang kecil, jadi guna bawang besar). Goreng sehingga garing kuning-kecoklatan. Toskan minyak berlebihan. Kemudian, kisar sedikit sehingga kasar sahaja.

5. Potong atau cincang sedikit daun sup. 
 

 

 

6. Himpunkan kesemua bahan-bahan tadi. 
7. Masukkan juga bawang besar yang dihiris dan dicincang sedikit.
8. Tambah kayu manis (Nora tumbuk halus), garam dan gula secukup rasa.
9. Campur-rata semua guna tangan (manually) atau food processor.
 

10. Bentukkan bulat-bulat leper.
 

 

11. Celupkan dalam telur yang telah dipukul sedikit.
12. Panaskan minyak & goreng atau grill sehingga masak.
13. Toskan minyak berlebihan. 
 

Inilah kejadian Begedil Daging kita.

Yang berikut ni kami buat Begedil Daging dan Begedil Ayam Serentak. Anak2 suka begedil yang berbeza. Si Kakak suka Begedil Daging dan Si Adik pula suka Begedil Ayam.

Kesemua bahan kami bahagi kepada 2 bahagian. Kemudian tambah daging dan ayam kisar. 
 

Taraaaaa.... Siap!... Begedil Ayam
Selamat mencuba!



Nak order Vitamin Semulajadi Shaklee untuk keluarga tercinta? Cara Order (klik)   

Atau hubungi: 
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com
COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

2 comments:

  1. Jalanjalan cari rsepi begedil. Tq.nak try lah 😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila... Selamat mencuba! 🤗

      Delete