Monday 12 September 2016

Buku Biografi Lengkap Rasulullah SAW | Kenal Untuk Cinta

Buku Biografi Lengkap Rasulullah SAW ini diterjemah dan dikemaskini oleh Ustaz Muhadir Haji Joll. Salah seorang pensyarah di Pusat Asasi UIAM. Penulisan asal oleh Dr. Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki.
Adanya buku ini dalam pemilikan kami sekeluarga dek kerana ia dihadiahkan khas buat anakanda kami Nurulhusna, yang menerima Anugerah Pelajar Terbaik (Keseluruhan) 2014 di IIUM EDUCARE Kindergarten, Petaling Jaya.

Ayah saya juga jatuh hati dengan buku ini. Beliau terus kirim saya belikan sebuah dengan Ustaz Muhadir. Alamak mana nak cari? Maka, mula lah misi mencari nombor handphone ustaz. Syukur students biologi saya pada masa itu memang ada ambil subjek dengan ustaz. Jika ayah saya yang juga merupakan seorang ustaz suka, maksudnya buku ini memang bagus dan baik molek isi kandungannya.

Dalam buku Biografi Lengkap Rasulullah SAW ini, kisah Nabi Muhammad dinyatakan dalam 2 bahagian.


Bahagian Pertama: Kehidupan Nabi Muhammad SAW
  • Awal kelahiran
  • Nasab yang mulia
  • Bidan Nabi
  • Penjaga & Ibu Susuan
  • Perkembangan awal kehidupan Nabi
  • Pekerjaan Nabi
  • Pasar-pasar tempat Nabi berniaga
  • Nama-nama Nabi
  • Tanda-tanda Kenabian
  • Sifat-sifat Fizikal Nabi
  • Pakaian dan Perhiasan
  • Akhlak Nabi
  • Keluarga, kaum kerabat, Isteri-isteri, Anak-anak, Cucu-cucu Nabi
  • Para sahabat, pengawal dan pembantu Nabi
  • Haiwan tunggangan dan ternakan Nabi
  • Senjata dan kelengkapan perang
  • Pakaian dan perkakasan
  • Peperangan yang disertai & tidak disertai Rasulullah
  • Haji & Umrah Rasulullah
  • Mukjizat Rasulullah
  • Kewafatan Rasulullah
  • Dan banyak lagi

Bahagian Kedua: Peristiwa Penting Pada Zaman Rasulullah
  • Tahun sebelum kenabian (1-39 tahun)
  • Tahun kenabian (40-52 tahun)
  • Peristiwa Hijrah dan selepasnya (53-63 tahun)

Nabi Muhammad S.A.W adalah idola no.1 saya. Saya pasti semua Muslimin dan Muslimat juga. Baginda menjadi contoh pelbagai perkara dalam urusan hidup seharian, dari segi ibadah, sosial, pendidikan, kekeluargaan, politik & ekonomi (berniaga).

Berbicara tentang berniaga, baginda berniaga dengan bijaksana, jujur, amanah & berhemah (tidak pernah bertengkar). Baginda pernah berniaga di 13 buah tempat (pasar).

Jika baginda yg telah dijanjikan syurga oleh Allah tetap bekerja keras & beribadah, kenapa kita manusia biasa masih leka & kurang beribadah? (Peringatan diriku)

Antara akhlak2 Nabi Muhammad yg dicatat dlm buku ini: 
~ selalu diam
~ bicara ketika perlu
~ menundukkan pandangan (tawaduk)
~ berfikir terus-menerus
~ tidak pernah mencela makanan
~ selalu berzikir ketika duduk/berdiri
~ tidak pernah berkata kotor/berbuat keji
~ paling berlapang dada
~ tidak pernah mencungkil rahsia orang
~ tidak pernah mencela/memakin hamun

Setiap individu yang bergelar Muslim, mesti ketahui serba-serbi tentang Rasulullah SAW dan kronologi setiap peristiwa sepanjang perjalanan hidup Baginda. Apabila kita kenal Rasulullah SAW, maka akan wujudlah cinta terhadap Baginda.

Buku Biografi Lengkap Rasulullah SAW amat bagus untuk:
  • Anak-anak kecil
  • Pelajar-pelajar sekolah, pondok, kolej, maahad & universiti
  • Semua golongan tua & muda
Mari bekerja keras seperti Nabi Muhammad SAW seolah kita hidup 1000 tahun & beribadah sebanyak mungkin seolah kita mati esok hari.

No comments:

Post a Comment