Thursday 1 September 2016

7 Kelebihan Vitamin C Shaklee Berbanding Jenama Lain di Pasaran

Sustained Release Vita-C Shaklee merupakan vitamin C terbaik di pasaran. Terdapat banyak bukti kajian tentang kebaikan dan kelebihan Vitamin C Shaklee. Nora memang dah jatuh cinta dengan ia. Nora akan terangkan dengan jelas kenapa Nora kata Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik.
  
7 Kelebihan & Kebaikan Sustained Release Vita-C 500mg Shaklee

1. Teknologi Sustained Release (SR) | Pelepasan Berperingkat

Vitamin C Shaklee dilengkapi dengan teknologi Sustained Release (SR) atau bahasa mudahnya Pelepasan Berperingkat. Fungsinya adalah untuk melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh kita. Ini membolehkan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C berterusan selama 5 jam.

Pada setiap 1 jam sebanyak 100mg akan dilepaskan. Sekiranya kita ambil 2 biji, maka 200mg akan dilepaskan. Ini memang berpadanan dengan jumlah maksimum yang boleh diserap oleh badan kita, iaitu lebih kurang 200mg setiap jam.
Vitamin C lain di pasaran kebanyakannya tidak mempunyai teknologi ini. Berkemungkinan vitamin C tersebut dilepaskan sekaligus. Ini amat merugikan! Kerana selebihnya yang tidak diserap akan dibuang dari sistem kita melalui urin. 
  
2. Setiap Tablet Vitamin C Shaklee Bersamaan 7.5 Biji Oren

Kenapa? Tak percaya? Ya ini fakta bukan auta. Rasanya memang tak larat nak telan 7 biji oren setiap hari, kan? Malah kos nak membeli buah oren yang lazat dan sedap juga lebih mahal.

Harga 1 biji Vitamin C Shaklee hanyalah 50sen. Harga 7 biji oren yang berkualiti mungkin mencecah rm10 atau lebih.

Pemilihan Vitamin C Shaklee pastinya langkah bijak kerana kita dapat penjimatan berganda.


3. Didatangkan bersama Bioflavonoids

Bioflavonoids penting untuk penyerapan Vitamin C yang efisien. Sumber rujukan menyatakan bahawa setiap 500mg Vitamin C, sebanyak 120mg bioflavanoid diperlukan. Vitamin C Shaklee memenuhi kriteria ini. 


4. Fungsi yang Pelbagai

Vitamin C Shaklee bukan sahaja boleh dimakan (kesihatan & kecantikan dalaman) tetapi boleh juga dibuat masker (kecantikan luaran). Ia amat berkesan mengecutkan dan mengelakkan jerawat pasir, jerawat biasa mahupun jerawat batu/besar.

Penggunaan yang berterusan dapat membantu mencerahkan tona kulit, menegangkan, melicinkan dan mencantikkan kulit. Ini kerana Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen kulit.

Vitamin C juga membolehkan luka di bahagian kulit sembuh dengan lebih baik dan cepat.

Banyak lagi fungsi-fungsi lain yang akan Nora kongsikan pada entri akan datang.


5. Bertindak sebagai Antioksidan

Aktiviti radikal bebas boleh merosakkan DNA sel kita. Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang menbantu mengawal kerosakan tersebut.

Sebagai contohnya, rokok. Kandungan merbahaya dalam rokok seperti tar, raksa, arsenic dan plumbum menghasilkan banyak radikal bebas yang memberi kesan negatif kepada kesihatan badan, terutama peparu, hati, salur darah dan buah pinggang. Di sini lah Vitamin C Shaklee membantu dalam proses detoksifikasi untuk perokok. Tapi janganlah merokok. Haram tau.


6. Diperbuat daripada Bahan-bahan Semulajadi

Falsafah pembuatan vitamin Shaklee mestilah daripada ekstrak bahan-bahan semulajadi. Vitamin C Shaklee dari apa? Ia diperbuat dari ekstrak jagung.

Kenapa jagung? Kenapa tak oren?
Ada 2 sebab utama.

Pertama. Sumber vitamin dalam jagung tak akan cepat rosak, hilang atau berkurang jika dimasak (rebus atau bakar) berbanding vitamin dalam buah-buahan lain. Ketahanannya tinggi.

Kedua. Sumber Vitamin C dari buah citrus agak tinggi kandungan asid. Jika diambil berlebihan mungkin akan menyebabkan cirit-birit, sakit perut atau gastrik. Maka, sebab itulah para Saintis Shaklee menggunakan ekstrak jagung.

Tiada pewarna, perasa/pemanis tiruan atau pengawet. Jika kita lihat, tiada paket silika gel pun dalam botol Vitamin C Shaklee.

Selain itu, Sustained Release Vita-C Shaklee ini menggunakan bahan wax dari tumbuhan untuk memberi pelepasan yang perlahan. Tanpa fungsi ini, Vitamin C tidak dapat kekal lama dalam tubuh kerana ia vitamin larut air.


7. Termurah di Pasaran

1 botol Vitamin C Shaklee ada 180 biji & tahan selama 6 bulan penggunaan (jika diambil 1 biji sehari). Harga runcitnya hanya RM92 (kelebihan menjadi ahli dapat membeli dengan harga lebih murah). Jika dibandingkan dengan keistimewaan, kualiti, ciri-ciri kelebihan yang telah Nora nyatakan di atas, maka memanglah diakui Vitamin C Shaklee adalah Vitamin C termurah di pasaran.


Atas sebab kelebihan2 dan kebaikan2 inilah Nora dan ramai pengguna tegar telah memilih Sustained Release Vita-C Shaklee berbanding jenama lain di farmasi2 dalam pasaran. Yakin ia akan diserap semaksimumnya oleh sel-sel tubuh. Kesannya memang hebat!


Nak order Sustained Release Vita-C Shaklee ini? Cara Order (klik)

Atau hubungi: 
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com
COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment