Saturday 10 September 2016

Alahan Alergi Teruk Sembuh Tanpa Ubat

Sejak remaja saya melawan alahan (allergi) resdung yang teruk. Antihistamin adalah 'sahabat baik' yang perlu saya bawa ke mana-mana. 

Kenapa saya kata alahan saya teruk? 
Saya pernah beberapa kali mengalami alahan kepada makanan sampai saya terpaksa mengambil injection steroid & nyaris dimasukkan ke hospital. Asalnya, semasa remaja tidaklah seteruk ini. Setelah mempunyai 2 orang anak barulah ia menjadi teruk. 

Adakala resdung (allergic rhinitis) pula sampai saya sakit kepala & terpaksa menelan pelbagai painkiller. Sukar nak melakukan ibadat, contohnya saya susah sujud & rukuk lama dek kerna sakit kepala. 
Apa pencetusnya? 
Jiran sebelah rumah kondo kami bela beberapa ekor kucing dan mereka amat jarang membersihkan pasir najis & kencing kucing2 tersebut. Doktor kata berkemungkinan besar kuman2 yang tersebar itu membuatkan keadaan saya menjadi teruk. 

Teringat doktor klinik panel kami berpesan selepas saya diberi injection steroid (antihistamine); "Selepas ni jika tetiba awak mula rasa tak boleh bernafas semula, terus pergi ke hospital ya. Jangan datang sini. Bahaya."

Apa itu alahan atau alergi? 
Alahan (allergic hypersensitivity) merupakan tindakbalas memudaratkan oleh daya tahan (sistem imun) terhadap protein allergen (penyebab alahan) dari persekitaran kita. Ia biasanya tidak memberi kemudaratan kepada orang biasa (yang tiada alahan). 

Antara simptom-simptom alahan/alergi:
  • bersin yang melampau 
  • rasa gatal-gatal pada kulit atau mata
  • ruam atau radang pada kulit
  • mata berair
  • (jika teruk) serangan asma, sukar bernafas, anaphylaxis shock atau kematian 

Antara contoh-contoh penyebab alahan (allergen):
  • debu
  • debunga
  • bisa lebah
  • makanan seperti udang, sotong, ikan, kekacang, dll.
  • ubat seperti antibiotik Penicillin, Ibuprofen, dll. 

Bagaimana alahan atau alergi terjadi?
Alahan berlaku apabila kita terdedah kepada penyebab alahan (allergen). Kita ambil contoh alahan terhadap debunga. Nora suka bagi contoh ni semasa jadi pensyarah biologi Pusat Asasi suatu ketika dulu. 

Jika individu tersebut mempunyai genetik alahan, pada kali pertama pendedahan pada debunga dia tidak akan mengalami apa-apa tindakbalas. Namun proses pembentukan alahan telah mula berlaku. ia mengambil masa beberapa minggu. Jika didedahkan dengan debunga buat kali kedua dan seterusnya, individu ini akan mengalami simptom-simptom alahan, paling biasa bersin berkali-kali. 

Antibodi Immunoglobulin E (IgE) akan dikeluarkan oleh sel darah putih (semasa pendedahan pertama kali terhadap debunga) dan ia kekal berada dalam darah. Apabila alergen/debunga masuk ke dalam tubuh untuk kali kedua (biasanya lalu hidung), IgE akan melekat pada alergen. Gabungan IgE-allergen ini akan melekat pula di reseptor pada sel Mast. Sel Mast akan mengeluarkan histamin. Histamin inilah yang akan menyebabkan kita mendapat simptom-simptom alahan. 
Pengeluaran histamin yang sedikit hanya akan menyebabkan alahan yang sederhana. Namun, jika pengeluaran histamin banyak, individu yang alergik akan mengalami tindakbalas alahan yang teruk, sehingga ada yang menyebabkan anaphylaxis dan kematian.

AntiHistamine diperlukan untuk block reseptor pada sel Mast. Ini bagi mengelakkan gabungan IgE-alergen melekat pada reseptor tersebut. 

Alhamdulillah... Kini alahan/alergi terhadap makanan dan resdung teruk saya berkurang sangat dan kualiti kesihatan saya bertambah baik. 

Saya konsisten mengamalkan Vivix, Nutriferon, Sustained Release Vita-COmega Guard dan Garlic Complex setiap hari. Semua vitamin semulajadi ini merupakan Set Immune Booster yang memperkukuhkan sistem imun (sistem pertahanan) tubuh saya, malah suami dan anak-anak. Adakala saya add-on Garlic Complex dan Alfalfa Complex (untuk detox). 
Saya boleh makan makanan yang saya sensitif tanpa ragu tak boleh bernafas. Contohnya udang dan kekacang. Jika resdung akibat habuk ketika mengemas rumah, saya hanya perlu meneguk dan menelan VivixNutriferonSustained Release Vita-C, Omega Guard dan Garlic Complex. Esoknya InshaAllah OK.
Segalanya dikongsi bersama...

Nak order Set Immune Booster ini? Cara Order (klik)

Atau hubungi: 
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com
COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment