Thursday 29 September 2016

Sekolah Integrasi vs Sekolah Kebangsaan | Mana bagus?

Ramai yang tanya sejak awal tahun; kenapa tak masukkan anak sekolah integrasi? Kenapa masuk sek keb biasa? Malam ni terasa nak jawab umum.
Pada saya tak kisahlah sekolah mana pun yang penting budak tu sendiri nak belajar dan mak bapak budak rajin ambil tahu syllabus & kerja rumah. Bukan mengharap bibik orang gaji, atuk atau nenek.

Bukan semata2 bergantung pada sekolah dan guru2. Bukan semata asyik kondem itu kondem ini. Bukan semata mengharap laporan setiap hari.

Setiap sekolah atau institusi pasti ada kelebihan dan kelemahan. Mana2 kelebihan jadikan kekuatan. Manakala jika ada kelemahan dibaiki melalui saluran yang betul seperti muzakarah dalam mesyuarat PIBG.

Ingat tak kisah. Generasi A melahirkan Generasi B yg berdikari. Tetapi Generasi B melahirkan Generasi C yang bergantung manja.

Saya dulu asrama penuh buat medic pun tak dapat. Sebab saya malas. Rakan sekolah kampung je, sekolah yg budak2 tak dpt masuk asrama, dapat buat medic, sebab dia rajin.

Tak semestinya budak sekolah integrasi atau agama takde masalah disiplin. 
Tak semestinya budak sekolah biasa tidak thiqah.
Tak semestinya sekolah bandar lagi bagus.
Tak semestinya sekolah kampung mundur. 

Saya pasti setiap kita ada sebab dan tujuan memilih sesebuah sekolah untuk anak-anak. Kita semua mahukan yang terbaik. 

Kesimpulan, tak kisah di mana pun anak kita dicampak, ajar mereka cara hidup untuk survive di sekolah. Ajar mereka adaptasi dengan guru yang pelbagai sifat, dengan rakan yang pelbagai karenah. Cari penyelesaian pada setiap masalah. 

Ibu ayah walau apa pangkat dan jawatan tinggi, walau sesibuk mana pun, jangan beralasan tiada masa, tak tahu, berntahlah... tentang pendidikan anak.

Masa kecil anak sekejap sahaja. Masa ni lah mereka nak berdamping, bertanya kerja rumah, bercerita masalah. Layanlah. Jangan tidak.

Cari masa.
Jangan beralasan.
Jangan kata banyak beban tanggungjawab.
Jangan menyalahkan keadaan sekeliling. 

Kerana... anak itu tanggungjawabmu.

No comments:

Post a Comment