Wednesday 17 August 2016

7 Cara Menenangkan Bayi Yang Terjaga Dari Tidur

Bayi yang baru lahir akan banyak menghabiskan masa dengan tidur. Tidurnya mungkin mencecah 18 jam sehari. 

1 dari 3 bayi akan terjaga pada waktu malam pada usianya 12 bulan. Jadi apakah cara-cara yang terbaik untuk menenangkan bayi yang terjaga dari tidur ini? 


Berikut adalah antara cara-caranya:

1. Biarkan bayi anda pada tangisan pertama. Jangan terus mendapatkannya. Ini kerana dia mungkin akan tenang dengan sendirinya.

2. Jika masih menangis, dapatkan bayi anda. Kemudian, pastikan sebab-sebab kemungkinan dia terjaga. Adakah dia lapar, lampinnya basah, suhu bilik yang terlalu panas atau sejuk, dll.

3. Elakkan untuk mendukung bayi anda atau mengambilnya dari tempat tidur apabila dia telah tenang. 

4. Jika dia meragam, cuba tenangkan dengan usapan atau tepukan lembut pada bahagian belakangnya. Urutan sangat berkesan untuk tidur yang lena dan berkualiti. 

5. Bisikan lembut seperti selawat dan zikir juga amat membantu.

6. Sekiranya cara 4 & 5 tidak membuahkan hasil, dukunglah dia untuk menenteramkan dan menidurkannya. 

7. Jangan tinggalkan bayi anda sekiranya dia telah hampir lena (tidur-tidur ayam). Tunggu sehingga dia benar-benar tidur nyenyak.

Semoga membantu. 

No comments:

Post a Comment