Wednesday 24 August 2016

4 Tips Mencegah Keguguran Kandungan

Mempunyai anak setelah mendirikan rumahtangga sudah pastinya menjadi harapan kebanyakan pasangan suami isteri. Memang rezeki anugerah-NYA jika si isteri bunting pelamin.

Namun, dianggarkan 10-20% dari keseluruhan kehamilan akan gugur secara spontan. Sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi kandungan, berikut adalah 4 Tips Mencegah Keguguran Kandungan:

1. Elakkan tekanan (stress) 
Sentiasa tenang menghadapi apa jua keadaan atau masalah. Ia dapat meningkatkan kekuatan mental dan fizikal. 

2. Dapatkan rehat yang secukupnya
Pastikan bakal ibu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jika boleh, elakkan berjaga sehingga lewat malam. Amalkan bangun awal pagi.

3. Hindari perjalanan jauh dan berpanjangan
Amat tidak sesuai untuk wanita mengandung duduk di dalam kereta untuk jangka masa yang lama. Jika memang terpaksa berjalan jauh, pastikan berhenti di R&R setiap 1-2 jam untuk keluar daripada kenderaan dan berjalan-jalan atau bergerak bebas seketika.

4. Elak pendedahan terhadap faktor-faktor yang memudaratkan
Jauhi individu yang mungkin membawa penyakit berjangkit. Jangan berada di kawasan yang terdedah kepada pencemaran udara, racun rumpai lalang atau serangga (pesticides atau herbicides), bahan kimia berbahaya dan bahan radioaktif seperti (X-ray). Dapatkan nasihat doktor atau pakar sekiranya ingin mengambil apa-apa ubatan.
Semoga Tips mudah ini membantu anda menjaga dan melindungi kandungan.

B Complex Shaklee Membantu Atasi Tekanan (klik)

No comments:

Post a Comment