Sunday 7 August 2016

Puding Roti Karamel Pasti Sedap Habis Licin

Puding Roti Karamel... sedapnya... manisnya...




Puding Roti Karamel saya ini telah berjaya memikat hati suami, anak2 kami, emak abah saya, anak2 saudara, dan ramai lagi. Sampai abah saya suruh emak belajar cara membuatnya untuk dihidangkan kepada rakan2 mereka semasa jamuan open house raya di kampung Johor. Anak saudara saya berulangkali suruh saya buat lagi. 

Amat mudah cara membuatnya. Cuma masa mengukus dan nak sejukkan tu makan masa sedikit. Tempoh penyediaan beberapa minit siap, dalam 10-15 minit. Resepi Puding Roti Karamel ini saya share dari FB, tapi saya ubah-suai sedikit. 

Bahan-Bahan:
=========
4 keping roti
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
3/4 tin air/susu Full Cream DutchLady
3 biji telur (Gred A)/4 biji (Gred B/C)
1 sudu kecil essence vanila
3 sudu makan gula


Cara-cara:
=======
1. Sediakan kukusan air dalam pengukus.

2. Panas gula di dalam loyang di atas api kecil, hingga keperangan.

Bila dah keperangan, angkat cepat2 loyang.

Biarkan sejuk.

Sementara tunggu gula karamel sejuk...

3. Koyak roti kepada bahagian2 kecil & terus letak dalam pengisar.
4. Masuk susu cair.
5. Masuk susu pekat.
6. Masuk susu Full Cream DutchLady. (saya ubahsuai resepi asal yang menggunakan air biasa)
7. Kisar sehingga halus sebati.

8. Masukkan telur.

9. Masukkan essence vanilla. (ni dah pakar, tak main sukat2)

10. Kisar lagi sekejap.

11. Letak loyang yang ada gula karamel tadi ke dalam pengukus (pastikan air telah mendidih).
12. Tuang bahan2 kisaran tadi.
13. Tutup tudung pengukus & biarkan selama 1 jam.

14. Selepas 1 jam, tutup api. Jangan buka tudung penutup periuk. 
Biarkan 10 minit.
Ni lah hasilnya...

15. Kemudian, pindahkan segera ke dalam bekas penyimpan.
AWAS PANAS!!!
 16. Setelah dipindahkan ke dalam bekas, simpan di dalam petiais sehingga sejuk.

Saya letak dalam dulang berbunga pada beberapa kali cubaan memasak. 
Kini, saya terus pindah dalam bekas plastik berpenutup (senang nak simpan, jimat ruang & selamat)

 Agak buruk kan rupanya. Inilah cubaan pertama. Terlebih air kot.
Tapi rasanya tetap terjamin sebab kejap je licin.

 Bila potong kecil, tak nampak teruk sangat.

 Cubaan kedua. Better sket kan.

Cubaan ketiga (gambar atas sekali, dekat tajuk)
Nampak tak warnanya kecoklatan sedikit. Saya cuba menggunakan susu coklat DutchLady.
Sedap juga!

Haaa yang ni tercetus idea sebab abah saya suka puding yang berkuah, macam puding cocktail buah. Jadi saya terus tuang susu Full Cream DutchLady sejuk. 

Sedap sedap! 
Kini, majoriti ahli keluarga follow cara saya.

No comments:

Post a Comment