Kita mesti selalu berdoa kepada Pencipta kita. Berdoalah tidak kira
ketika kita dalam keadaan senang mahupun susah.
Sebenarnya terdapat waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Setiap kali
berdoa pastikan hati kita khusyu’ dan memohon dengan penuh tawadhu’. Hati juga
perlu ikhlas. Lebihkan berdoa pada waktu mustajab.
Nasihat saya kepada adik-adik dan anak-anak pelajar; jangan tunggu esok nak exam baru hari ini nak berdoa. Tidak. Jangan ya. Mulakan dari sekarang dan secara berterusan hingga ke sepanjang hari-hari exam. Jangan berhenti berdoa sampailah pada detik kita nak mengambil keputusan exam.
Bukan sahaja para pelajar, malah ibubapa juga mesti berdoa dari sekarang.
15 Waktu Mustajab Untuk Berdoa
- Selepas solat fardhu.
- Waktu tengah malam atau sebelum Subuh, terutama di sepertiga malam yang terakhir.
- Ketika sedang sujud di dalam solat.
- Ketika dizalimi atau dianiaya.
- Ketika menerima ujian hidup.
- Ketika berjihad.
- Sebelum matahari terbit atau selepas Subuh.
- Semasa berpuasa, terutama sebelum berbuka.
- Sewaktu khatam Al-Quran.
- Pada hari Jumaat.
- Waktu antara azan dan iqamat.
- Waktu hujan turun.
- Malam LailatulQadar.
- Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
- Sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.
Usaha+Doa+Tawakal --> Kejayaan Cemerlang
No comments:
Post a Comment