Wednesday 3 August 2016

Sakit Migrain Hilang: Tiada lagi Painkiller Berbahaya

Aduhhh… sakit kepalaku!...
Arrrghhhh tak tahan lah sakit kepala!

Migrain memang amat menyakitkan. Saya pernah mengalaminya beberapa tahun dahulu. Hanya orang yang sakit migrain sahaja yang tahu bagaimana sakitnya. Terasa nak hantuk kepala kat dinding.



Adakala saya sampai tidak boleh bawa kereta. Apabila solat, masa ruku’ dan sujud, sakitnya memang bukan kepalang. Cepat2 rasa nak bangun dari ruku’ dan sujud.

Kesakitan migrain kebiasaanya menyerang sebelah kepala sahaja. Ada yang diserang selama beberapa jam. Namun ada juga individu yang sampai 2 ke 3 hari. Banyak kerja tertangguh sebab tak larat nak buat.

Hanya satu cara nak cepat baik, painkiller!
Ibuprofen, ponstan atau paracetamol (steroid atau bukan-steroid)

Sesetengah pakar perubatan menyatakan bahawa migrain mungkin ada kaitan dengan keturunan. Ini kerana terdapat kes mereka yang menghidap migrain mempunyai ibubapa yang ada migrain. 


Selamat Tinggal Ibuprofen, Ponstan dan Paracetamol 

Sebenarnya memang tidak elok makan painkiller selalu untuk menghilangkan migrain. Adakala lega sekejap kesakitan. Kesan ubat hilang, datang balik sakit tu. Makan lagi painkiller. Jika kerap sangat dalam tempoh masa yang singkat, dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan buah pinggang.

Salah satu artikel dalam majalah iSihat, edisi beberapa tahun lalu, terdapat satu kes yang mana seorang ahli sukan terkena sakit buah pinggang akibat selalu sangat makan painkiller ketika migrain.

Kita boleh mengurangkan atau menghilangkan serangan migrain tanpa painkiller atau ubat. Cara yang lebih selamat, berkesan dan semulajadi.


Kenapa? Tak percaya?
Mari lihat beberapa testimoni.




CoQ10 dan Migrain

Melalui blog Dr. Zubaidi, ada satu kajian menarik tentang CoQ10 dan migrain.

Dalam satu jurnal, beberapa orang saintis dari Jabatan Neurology, Cincinnati Children's Hospital Medical Care, Amerika Syarikat telah memberikan hipotesis bahawa sakit kepala migrain boleh disebabkan oleh kekurangan CoQ10 dalam badan.

Pada tahun 2002, satu kajian mendapati 61% daripada pesakit yang mengambil Koenzim Q10 (CoQ10) sebagai pencegahan migrain dilaporkan mengalami pengurangan diserang migrain sebanyak 50% dalam tempoh tiga bulan kajian. Hanya 15mg dos sehari adalah mencukupi untuk memastikan pengurangan yang ketara dalam migrain dan sakit kepala. (sumber vitguide.com)


Apa itu CoQ10?

CoQ10 bahan larut-lemak, yang menyerupai vitamin. Ia hadir dalam hampir keseluruhan sel2 eukarya (sel-sel manusia contohnya), terutama mitokondria.

Ia penting kepada tubuh kita kerana ia merupakan salah satu komponen dalam rantaian pengangkutan electron dan terlibat dalam respirasi sel. Proses respirasi sel menghasilkan tenaga daripada ATP. ATP kita peroleh daripada makanan.

Dengan bahasa mudahnya, CoQ10 terlibat dalam penghasilan tenaga daripada makanan untuk tubuh kita.

Kekurangan CoQ10 boleh menjadi salah satu punca kita mendapat sakit kepala atau migrain.


Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya.

Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20 tahun.


CoQHealth Shaklee Membantu Menghadapi Migrain

CoQHealth Plus Shaklee merupakan supplement yang mengandungi campuran 28 mg  (CoQ10), Vitamin E dan ekstract Teh Hijau yang di hasilkan oleh jenama Shaklee. Ia vitamin semulajadi.

CoQHealth Plus ini didatangkan di dalam bentuk kapsul dengan bantuan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian serta penyerapan yang maksimum dalam sistem tubuh badan ketika diambil.

Dengan sebiji kapsul yang diambil sehari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah serta juga kaya dengan lain-lain kebaikan.

Semakin usia meningkat, penghasilan CoQ10 oleh tubuh didapati turut menurun, oleh itu pengambilan supplemen ini sangat penting.

CoQHealth Plus ini membantu mengurangkan atau menghilangkan sakit migrain.
SET LENGKAP MIGRAIN
  • CoQHealth Plus
  • OsteMatrix
  • B Complex

Nak order Set Migrain ini? Cara Order (klik)

Atau hubungi: 
Nora Ahmad (ID 912871)
No Tel: 012-7517281 (WhatsApp/SMS)
Email: noraahmad912@gmail.com
COD area: Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment