Monday 1 August 2016

Ayam Tomato Puri Yang Lazat Menjilat Jari

Sempena jamuan raya untuk keluarga rakan2 sekolah anak (Husna) di rumah saya 2 minggu yang lalu (pertengahan Syawal), saya menyediakan hidangan istimewa.

Nasi Sayur-Daging
Ayam Tomato Puri
Acar Darat
Papadum
Milky Macaroni with Mixed Herbs (ala-ala Carbonara gituu...)
Puding Roti Karamel
Bubur Kacang

Mudah sangat menyediakan menu2 di atas.
Hari ini saya ingin kongsikan resepi ibunda saya, Ayam Tomato Puri.
Untuk Nasi Sayur-Daging, boleh rujuk resepi Nasi Sayur-Ayam.



Bahan-Bahan: 
==========
1-2 ekor Ayam
80gm/Segenggam Badam 
1 labu/10 biji Bawang Putih
3-4 biji Bawang Besar  
2 inci Halia
1 batang Kayu Manis
1 kelompok Bunga Lawang
Minyak masak
1 tin Tomato Puri (Pati Tomato)
1 tin Susu Cair
2-3 tin Air


Cara-cara:
=======
1. Goreng ayam yang telah dipotong kecil. (Goreng kosong tanpa garam atau apa2 rempah)

2. Sambil goreng ayam, rendam badam dalam air panas. Buang kulitnya. (nak cepat masukkan aje dalam air mendidih sekejap)

3. Kisar halus bawang besar (biasa/Holland/campuran kedua2), bawang putih, halia & badam bersama air (air sama paras dengan bahan2).

4. Tumis bahan kisaran bersama minyak masak, kayu manis & bunga lawang. (Guna minyak goreng ayam tadi)

5. Tumis sampai kering sedikit.
6. Masukkan tomato puri.
7. Masukkan susu cair.
8. Tambah sedikit air (guna sukatan tin susu/tomato puri). 
9. Garam & Gula.

(with flash) (without flash)


10. Masukkan ayam yang telah digoreng. Biarkan 3-5 minit.

*Jika kuah menjadi pekat sangat ketika telah sejuk, boleh tambahkan air panas atau air masak biasa. Ikut selera rakan2 ibu nak pekat macamana sebenarnya.

Siap!
Menu ni memang mesra kanak2. Anak2 saya boleh makan berterusan pagi, tengahari, malam. 

Malah sambil menaip resepi ini saya tengah menggoreng ayam untuk dimasak Tomato Puri.

Selamat Mencuba!!!

2 comments: